Sunday, November 16, 2008

Sahabat...


"SahabaT yang beriman dan bertaqwa ibarat mentari yang ceria menyinari alam,
SahabaT yang setia bagaikan pewangi yang harum nian bak seharum kasturi,
SahabaT yang sejati m’enjadi pendorong cita-cita dan impian,
SahabaT yang berhati mulia adaLah yang membawa & memimpin kita ke jaLan madhatillah."




Friday, November 14, 2008

....SeMOGa BeRJaYa....



Semoga berjaya
Menjadi gadis mulia
Semulia diri Maryam

Semoga berjaya
Menjadi wanita faqihah
Sebijak minda Aisyah

Semoga berjaya
Menjadi perempuan tabah
Sekukuh hati Asiah

Semoga berjaya
Menjadi srikandi kebanggaan
Sehebat jiwa Sumaiyyah

Semoga berjaya
Menjadi hiasan indah
Seanggun akhlak Rabiatul Adawiyah

Semoga berjaya
Menjadi isteri solehah
Setulus kasih Khadijah

Semoga berjaya
Menjadi perempuan & kekasih
Idaman setiap kalbu
Kecintaan Tuhanmu


izzah: Buat sahabat2 dan diriku.....Mungkin kite xsempurna...tp berusahalah untuk menjadi yang lebih baik.....

Saturday, November 8, 2008

7 Petanda Kebahagiaan..

Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur

2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh

3. Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh

4. Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita

5. Al malul halal, atau harta yang halal

6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama

7. Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh,

yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.


Thursday, November 6, 2008

Nasi Ayam Lemon...



Semalam teringin nak makan nasi ayam perisa lemon...dah lama x makan...tu pon dulu mkn kat tesco tepeng...cari resepi xjumpa2....

Bile jumpa resepi tu..buat la nasi ayam seperti yang sebelah ni....ok la..dapat jugak buat ayam perisa lemon cam kat tesco tu(tp xsama sgt la..hehe)


izzah : bile tgk nasi ayam ni..rindu plak kat cik izzan hilal....rela p tepeng semata2 ngidam nak mkn nasi yam...byk kali plak tu..

Wednesday, November 5, 2008

DIA YANG SATU

Manusia, makhluk Tuhan termulia di muka bumi ini, diciptakan dari sepasang insan yang saling mencintai.. Lahir dengan tangis yang menandakan bahawa hidup penuh dengan perjuangan, banyak onak dan duri…

Pernahkah kita sedari kehidupan ini merupakan anugerah yang terbesar yang Allah berikan kepada kita ? Kita boleh ke kuliah, bekerja, dan bertemu dengan teman-teman, berkongsi cerita, tawa dan gurauan serta derita yang mewarnai kehidupan ini …

Pernahkah kita bertanya, untuk apa kita hidup di muka bumi ini ? …pernahkah kita merasa dihargai dan menghargai orang lain, merasa diperlukan, sekurang-kurangnya bagi orang-orang yang hampir dalam kehidupan kita ?

Pernahkah kita sedari, kita boleh bertahan hidup sampai detik ini tak lain karena cinta, Cinta dari Allah Swt. Kita akan lebih sedar jika jauh dari ibu bapa.. Manakala orang-orang yang kita cintai meninggalkan kita.

Manakala kita sunyi tak berteman. Manakala kita merasa hampa dalam kehidupan.Tak satupun yang abadi kecuali Cinta Allah pada kita, hamba-hamba_Nya. Tidakkah kita rindu untuk selalu berada dekat denganNya ?

Sekarang wahai saudaraku, hamba-hamba yang dianugerahi iman dan Islam. Siapkan hari-harimu, isi dengan hal-hal yang berguna dan bermanfaat baik bagi temanmu, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Apalagi semata-mata hanya untuk mencari keredhaan Allah Swt, semua itu sebagai tanda kecintaan dan rasa syukur kita atas segala nikmat yang dikurniakanNya..

Waktu semakin cepat berlalu, apabila kita tidak memanfaatkannya dengan hal-hal yang berguna, kita akan rugi !!!. Berjanjilah untuk jadi yang lebih baik dari sekarang. Dan yang terbaik di hadapan_Nya.


Tuesday, November 4, 2008

Wanita...


Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis
bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik

Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja
tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah

Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa
tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam

Cantik seorang wanita itu, sebagai anak
tidak menjerat diri pada kedurhakaan.

Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami

Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu
menjauhi persekongkolan ipar lamai

Cantik seorang wanitaitu, sebagai ibu
membuai anak, kala suami menjalin mimpi

Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua
telus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek
menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit

Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara
peka membela nasib dan maruah negara

Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf

Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis
menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

izzah : Wanita solehah....dambaan ummah

Perjalanan yang masih jauh...


Hidup ini adalah anugerah dariNya....lahirnya kita seperti kain putih....akhirnya kita....kita yang mencorakkannya...
samaada kembali pada warna putih atau pelbagai warna yang kita lakarkan.....dan setiap lakaran tersebut pasti ada balasannya...Hanya Allah yang mengetahui......

Setelah 23 tahun hadirnya aku didunia.....pelbagai dugaan dan cabaran yang di lalui...
pelbagai kenangan yang terukir...manis ...sedih...gembira..takut...semuanya ada....dan pengalaman inilah yang menjadikan aku lebih tabah....lebih mengerti hakikat hidup....hakikat hadirnya aku ke dunia ini......persahabatan...perjuangan...ukhuwwah islamiah....semuanya memberi makna pada kehidupan ini....menjadikan hidup ini lebih manis utk dilalui.....

Namun...perjalanan ini masih jauh....sejauh mana...hanya DIA yang mengetahui...pasti pelbagai cabaran yang masih perlu dilalui....aku takut andai diri ini kecundang... tercicir dari jalaNYa....
ingin aku menjadi golongan ghuraba'.....golongan yang dicintai.....golongan yang dapat mencapai mardahatillah......moga DIA masih bersama ku....smg daku sentiasa berada di dalam rahmatNya....pelihara lah daku dari dunia yang melalaikan...amin....

izzah : teringat pesan kak zie..."jgn meminta utk kaya...tp mintalah spy cukup utk kita..."