Saturday, May 22, 2010

.:. CiNta Itu .:.

KASIH SAYANG DAN CINTA MANUSIA HANYALAH SETITIS JIKA DIBANDINGKAN DENGAN SELAUTAN CINTA DAN KASIH SAYANG ALLAH.SEKIRANYA DIRIMU KEHILANGAN YANG SETITIS ITU ,IA TIDAK AKAN MENJEJASKAN KAHIDUPANMU SELAGI YANG SELAUTAN ITU MASIH DIRIMU MILIKI. BERTEMU DAN BERPISAH KERANA TUHAN,MAKA IKHLASKAN DIRI HANYA KERANA ALLAH SWT

Friday, May 21, 2010

.:. Hapuslah Air Mata di Pipi, Hilangkan Lara di Hati .:.





Kegelisahan, kedukaan dan airmata adalah sebahagian dari sketsa hidup di dunia. Titisan airmata yang bermuara dari hati dan berselaputkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan, hingga membuat keresahan dan kebimbangan.

Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalam menyebabkan kepedihan yang menyesakkan rongga dada. Jiwa yang rapuh pun berkisah pada alam serta isinya, bertanya, dimanakah pasangan jiwa berada. Lalu, hati menciptakan serpihan kegelisahan, bagaikan anak kecil yang hilang dari ibunya di tengah keramaian.

Keinginan bertemu pasangan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya, hingga tanpa sedar telah menjadi sebahagian hidup yang tidak terpisah. Sebuah fitrah pula bahawa setiap wanita ingin menjadi seorang isteri dan ibu yang baik walaupun menjalani hidup dalam bersendirian. Dengan sentuhan kasih sayang dan belaiannya, akan terbentuk jiwa-jiwa yang soleh dan solehah.

Duhai sahabat...
Betapa mulianya kedudukan seorang wanita, apalagi bila ia seorang wanita beriman yang mampu membina dan menjaga keindahan cahaya Islam hingga memenuhi setiap sudut rumahtangganya.

Allah Subhanahu wa Taala pun telah menciptakan wanita dengan segala keistimewaannya, hamil, melahirkan, menyusui hingga ketaatan dan memenuhi hak-hak suaminya laksana arena jihad fii sabilillah.

Kerananya, yakinkah batin itu tiada goresan saat melihat pernikahan wanita lain di bawah umurnya?
Pernahkah kita menyaksikan kepedihan wanita yang berazam menjaga kehormatan diri hingga ia menemukan kekasih hati?
Dapatkah kita menggambarkan perasaannya yang merintih saat melihat kebahagiaan wanita lain melahirkan?
Atau, tidakkah kita melihat kilas tatapan sedih matanya ketika melihat aqiqah anak kita?

Letih...
Sungguh amat letih jiwa dan raga.
Sendiri mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa,
tanpa tahu adakah belahan jiwa yang menunggu di sana.

Duhai Ukhti Sholehah...
Dalam Islam, kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini sahsja, kerana masih ada akhirat. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tidak hanya dibatasi dunia fana ini sahaja. Seseorang yang belum bertemu pasangan jiwanya, insyaAllah akan dipertemukan di akhirat sana, selagi ia beriman dan bertaqwa serta sabar atas ujianNya.

Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai merubah pandangan kepada Sang Pemilik Cinta. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara sendiri, duhai ukhti. Taqarrublah kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

Kembalikan segala urusan hanya kepadaNya, bukankah hanya Ia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya curahkanlah kepada Sang Pemilik Hati. Tidak usah membandingkan diri ini dengan wanita lain, kerana Allah Subhanahu Wa Taala pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hambaNya, meski ia tidak menyedarinya.

Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana tidak kunjung selesai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah kerana airmata permohonan kepadaNya di setiap sujud dan keheningan pekat
malam.

Jadikan hidup ini selalu penuh dengan harapan baik kepada Sang Pemilik Jiwa.
Bersiap menghadapi putaran waktu, hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Tausyiahlah selalu hati dengan tarbiyah Ilahi hingga diri ini tidak sepi dalam kesendirian.

Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tidak akan lari kemana. Kerana sejak ruh telah menyatu dengan jasad, siapa belahan jiwamu pun telah dituliskanNya.

Sabarlah Ukhti Solehah...
Bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan sinar keemasannya.
Malam masih indah dengan sinar lembut rembulan yang dipagar bintang gemintang.
Kicauan bening burung malam pun selalu riang bercanda dikegelapan.
Senyumlah, laksana senyum mempesona butir embun pagi yang selalu setia menyapa.

Hapuslah airmata di pipi dan hilangkan lara di hati.
Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini.
Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahsia di balik titian kehidupan yang telah dijalani.
Hingga, kelak akan engkau rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan ketika bersendiri.

InsyaAllah.

WaLlahu'alam Bisshawab.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan..dua tangan untuk memegang...
Dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat...
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?....
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya....
Itulah namanya Cinta...

Wednesday, May 19, 2010

.:. ERTI SEBUAH PERSAHABATAN .:.



(RENUNGILAH & JaGaLAH UKHWWAH SaHaBaTMU ITU)

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri….. Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita Mengharapakan keiklasan dan kejujuran Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang s ahabat yang sentiasa memahami Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita….. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat… Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat….. Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu…. Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.


Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu…. Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukama)

Tuesday, May 18, 2010

.:. SIAPAKAH WANITA SOLEHAH .:.



Siapakah wanita solehah?

Tahukah anda bagaimana ciri-ciri wanita solehah…
Iaitu ciri-ciri wanita yang diredhai ALLAH…
Wanita yang menyejukkan hati mata yang memandang…
Bisa ‘menginsafkan dan menundukkan’ nafsu mereka yang berhati goyah…
(Cerita ini diubahsuai semula berdasarkan sumber dan hukum al-Qur’an & Hadis)

Marilah kita bersama-sama perhatikan sekelumit kisah ringkas berikut…

Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya, Ayah… ceritakanlah padaku
perihal muslimah yang sejati?Si ayah pun menolehkan mukanya seraya melontarkan senyuman manisnya ke arah anak kecilnya itu…

Anakku…
Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan
keayuan paras wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang teramat kecil sahaja. Tetapi, muslimah yang sejati dilihat dari kecantikan dan
ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang tebaik…

“Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk
kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian.” (Hadis riwayat Muslim)


Si ayah terus menyambung.
Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran.“Berdasarkan ayat 31, surah an-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat:

“Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahrimnya.” (As-Syeikh said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik". (Surah Al Ahzab : 32)


Si ayah diam sejenak sambil melihat kepada wajah manis puteri kecilnya itu
Lantas apa lagi ayah…? Sahut puteri kecil terus ingin tahu.
Ketahuilah wahai puteriku…

Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniaanya dalam berpakaian
‘grand’ tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya
melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari
kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari
kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia
jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan
penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN-nya. Dan ia sentiasa bersyukur
dengan segala kurniaan yang diberikan.

"…Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (tidak berzina
atau mendekati zina)…". (petikan surah an Nur: 31)


Dan ingatlah anakku…
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul,
tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam
bergaul.

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


Setelah itu si anak kembali bertanya, siapakah yang memiliki kriteria
seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya…? Mampukah dan layakkah saya ayah?
Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, pelajarilah mereka!
Supaya kamu berjaya nanti. INSYAALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita yang solehah kelak. Malah, semua wanita boleh…Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris
perkataan berbunyi ‘ISTERI RASULLAH’…

“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar)

“…Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang
dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang
berakal sempurna”. (Surah Zumar: 9)

Monday, May 17, 2010

.:. SELAMAT HARI GURU .:.



SELAMAT HARI GURU....
dedikasi buat semua pendidik ...esp guru-guru ku SKr 91-97, SMAASZA 98-00, MRSM KUALA BERANG 01-02, KMK KULIM 03-04, USM 04-08... terima kasih yang tidak terhingga atas didikan yang diberikan...jasa kalian, hanya Allah yang mampu membalasnya....


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979