Friday, February 26, 2010

Dia Kekasih Allah

Dia Kekasih Allah

http://liriknasyid.com

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Lagu : Putra Aiman
Hijjaz Records Sdn.Bhd
Lirik : Ito Lara
Gurindam Entertainment

salam maulidur rasul...

12 Rabiul 'Awal.......tarikh kelahiran baginda...juga tarikh kewafatan baginda... terlalu banyak kisah hidup beliau yang boleh dijadikan panduan dan pedoman... juga sunnah baginda yang patut diamalkan...agar diri ini terus berada dalam landasan yang benar....agar menjadi umat Islam yang cemerlang....

Selawat dan salam buat junjungan besar, baginda Rasulullah SAW.....moga di ari akhir nanti, mendapat syafaat dari baginda...amin